Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4419-09
Bandingkan
Pembantu Penilaian Gred W1
Pembantu Penilaian Gred W1 menerima arahan dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran, menjalankan latihan dan penyelidikan, mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas.
Tugasan
Kerja Ikhtisas
a. Membantu menjalankan penilaian harta tanah dan membantu dalam proses memastikan penilaian berkualiti termasuk:
i. membuka dan mendaftar fail (jika perlu).
ii. mengambil perbandingan.
iii. membuat lawatan dan pemeriksaan harta tanah.
iv. menyemak butir hakmilik dan perancangan.
v. menyelidik maklumat dan menganalisis data.
vi. menyediakan pelan-pelan bangunan, lokasi, perbandingan dan aktiviti lain yang perlu.
vii. menyediakan laporan nilaian yang berkualiti.
viii. melaporkan nilaian dalam had kuasa melapor yang diberi.
b. Membantu menjalankan kajian kerja penyelidikan dan mengemaskini maklumat secara berterusan.
i. membantu dalam penyediaan laporan bagi penerbitan jabatan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.