Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4415
Bandingkan
Kerani Pemfailan dan Penyalinan
Kerani Pemfailan dan Penyalinan memfailkan surat-menyurat, kad, invois, resit dan rekod lain menurut tertib abjad atau angka, atau menurut sistem pemfailan yang digunakan. Mereka mencari dan mengeluarkan bahan dari fail apabila diminta dan membuat fotokopi, mengimbas, atau memfaksimili dokumen.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengasingkan atau mengelaskan bahan mengikut garis panduan seperti kandungan, tujuan, kriteria pengguna atau tertib kronologi, abjad atau angka.
Menyusun bahan di dalam laci, kabinet dan kotak penyimpanan.
Mencari dan mengeluarkan bahan dari fail apabila diminta.
Menyimpan rekod bahan yang difailkan dan dikeluarkan.
Fotokopi, pengimbasan atau faks dokumen dan rekod lain.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.