Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4323-04
Bandingkan
Inspektor (Perkhidmatan Bas)
Inspektor (Perkhidmatan Bas) menyelia dan memantau operasi bas bagi memastikan pematuhan dengan peraturan keselamatan dan piawaian perkhidmatan. Mereka memeriksa peralatan dan sistem, menyelaras dengan pemandu, pasukan penyelenggaraan dan pengurus, mengurus jadual dan laluan harian serta menangani isu operasi dan aduan penumpang untuk mengekalkan perkhidmatan bas yang selamat, andal dan cekap.
Tugasan
Memantau dan mengaudit perkhidmatan bas harian bagi memastikan pematuhan terhadap jadual, laluan, piawaian perkhidmatan dan peraturan.
Menjalankan pemeriksaan berkala dan mengejut ke atas bas, peralatan dan keadaan perkhidmatan bagi memastikan keselamatan, kebersihan dan penyelenggaraan yang baik.
Memerhati dan menilai prestasi pemandu serta kakitangan operasi bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan prosedur syarikat.
Menyelaras dengan pemandu, pasukan penyelenggaraan dan kakitangan sokongan lain untuk mengurus kelewatan, kerosakan dan isu operasi.
Menyiasat dan melaporkan kelewatan perkhidmatan, kemalangan dan aduan penumpang.
Mendokumenkan hasil pemeriksaan dan menyediakan laporan prestasi perkhidmatan, pemeriksaan dan insiden.
Menyelia, menjadualkan dan memantau tugasan serta penempatan kakitangan perkhidmatan bas.
Merekod dan menilai masa penumpang naik dan turun di hentian bagi menyokong kecekapan perkhidmatan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran interpersonal untuk mengendalikan aduan dan pertanyaan penumpang secara profesional.
Ketelitian yang tinggi terhadap perincian untuk mengenal pasti isu perkhidmatan dan operasi.
Komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan dengan pemandu, kakitangan dan orang awam.
Literasi komputer asas untuk dokumentasi, pelaporan dan penyimpanan rekod.
Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah untuk mengurus kelewatan, gangguan atau kerosakan.
Khusus
Kecekapan dalam alat digital untuk penjadualan, pemantauan laluan dan penjejakan prestasi perkhidmatan.
Kecekapan dalam perisian pengurusan armada bas dan sistem penjejakan Global Positioning System (GPS).
Keupayaan untuk memeriksa komponen keselamatan dan operasi bas bagi memastikan kebolehkhidmatan dan pematuhan.
Keupayaan untuk menganalisis data operasi dan mencadangkan penambahbaikan perkhidmatan.
Pemahaman tentang penjadualan perkhidmatan pengangkutan dan penyelarasan operasi.
Pengetahuan tentang prosedur pematuhan pengangkutan dan keperluan piawaian perkhidmatan.
Pengetahuan tentang undang-undang, peraturan dan piawaian keselamatan pengangkutan awam Malaysia.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.