Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3716-02
Bandingkan
Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP5
Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP5 bertanggungjawab dalam aspek pentadbiran dan perancangan bagi peringkat negeri pada keseluruhan dalam semua aspek pertahanan awam iaitu latihan dan gerakan. Menyelia dan mengkoordinasi tugas-tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai latihan dan ketua-ketua cawangan.
Tugasan
Menyedia, mengurus, merangka dan memantau urusan serta pelaksanaan pasukan-pasukan sokongan yang meliputi Pegawai Kehormat dan Bersekutu, Kadet Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Civil Defence Emergency Response Team (CDERT), Kadet IPTS/Institut Latihan, dan Kadet Pertahanan Awam Sekolah.
Menyedia, menerbit dan mengurus percetakan bahan dokumen, garis panduan, manual dan prosedur berkaitan pasukan-pasukan sokongan.
Mengurus hal-hal pentadbiran perkhidmatan, perolehan peralatan, kelengkapan dan keperluan bagi pasukan- pasukan sokongan.
Mengurus, menyelaras dan menyelia penganjuran majlis, program dan acara bagi aktiviti pasukan-pasukan sokongan.
Mengurus dan menyelia rekod, data serta statistik pasukan- pasukan sokongan seluruh negara.
Memantau pelaksanaan latihan yang dijalankan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.
Memastikan setiap tindakan angkatan memenuhi akta dan kaedah serta menyelia Jawatankuasa Latihan.
Menentukan pelaksanaan CDERT serta bertanggungjawab ke atas tatatertib anggota pasukan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam menulis laporan yang berkualiti.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang pentadbiran, peraturan kewangan dan standard perakaunan yang diterima umum.
Berkebolehan melaksanakan strategi pengurusan keselamatan dan membantu pelaksanaan sistem pengurusan pelanggan.
Berkebolehan menguasai dan melaksanakan peraturan, kaedah dan akta yang berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.