Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3714-01
Bandingkan
Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP5
Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP5 bertanggungjawab terhadap menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
Tugasan
Mengetuai Pejabat Kecil JPJ/ Stesen Penguatkuasa Timbang/ Stesen Kawalan Sempadan.
Membantu ketua bahagian/ cawangan membuat perancang, menyimpan, menyelenggara, menyelia, menyediakan segala tugas-tugas dokumentasi dan peralatan penguatkuasaan/ kenderaan penguatkuasa.
Mengetuai, merancang dan mengatur tugas-tugas Unit Operasi/ Aduan dan Siasatan/ Pendakwaan/ KEJARA/ Stesen Penguatkuasa Timbang/ Stesen Kawalan Sempadan/ Pejabat Kecil JPJ.
Menyediakan laporan/ statistik siasatan dan operasi untuk dikemukakan ke Bahagian Pengurusan/ Ketua Bahagian.
Menjalankan tugas-tugas sebagai Pegawai Persenjataan/ Pegawai Kenderaan.
Menjalankan tugas-tugas Pegawai Perhubungan Awam (PRO).
Bertanggungjawab untuk menyediakan laporan dan menghadiri mesyuarat-mesyuarat bagi pihak jabatan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam menulis laporan yang berkualiti.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan melaksanakan strategi pengurusan keselamatan dan membantu pelaksanaan sistem pengurusan pelanggan.
Berkebolehan menguasai dan melaksanakan peraturan, kaedah dan akta yang berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.