- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
36
Profesional Bersekutu Sosial, Kebudayaan, dan yang Berkaitan
Kumpulan Kecil
364
Profesional Bersekutu Kulinari
Kumpulan Unit
3641
Jurumasak
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3641-01
Bandingkan
Chef merancang, menyediakan dan memasak makanan di sesebuah premis seperti restoran, hotel, perkhidmatan katering atau dapur institusi, yang selalunya mengkhusus dalam masakan atau jenis hidangan tertentu. Mereka mengurus operasi dapur, termasuk menyelia dan melatih kakitangan, memastikan kualiti, keselamatan dan kebersihan makanan, menyelaras inventori dan menyumbang kepada perancangan menu dan inovasi kulinari. Cef juga boleh menumpukan pada bidang khusus seperti pastri, sos, dim sum, barbeku atau masakan kebangsaan, memberikan pengalaman menjamu selera yang berkualiti tinggi, konsisten dan kreatif.
Tugasan
Merancang dan mereka menu berdasarkan keutamaan pelanggan, ketersediaan bermusim, dan keperluan dapur.
Menyediakan, membumbui, memasak, dan mempersembahkan pelbagai hidangan mengikut resipi dan piawaian kualiti.
Membangunkan dan menambah baik resipi termasuk perapan, sos, produk bakeri, dan hidangan istimewa.
Menyelia dan menyelaras kakitangan dapur bagi memastikan aliran kerja yang cekap dan kualiti makanan yang konsisten.
Memantau kualiti makanan, rasa, saiz hidangan, dan persembahan sebelum disajikan.
Mengendalikan operasi dapur termasuk kawalan inventori, pemesanan bahan, dan pemantauan kos makanan.
Menyelaras penyediaan dan penyajian makanan bagi memastikan hidangan disediakan tepat pada masanya.
Memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan makanan, kebersihan, dan sanitasi di dapur.
Bekerjasama dengan kakitangan dapur dan pengurusan bagi menyelesaikan isu penyediaan makanan dan menambah baik aliran kerja.
-
PENGURUSAN PASTRI & ROTI (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
PENYEDIAAN MASAKAN JEPUN (TAHAP 2) (Tahap 2)
-
PENYELIAAN PENYEDIAAN MASAKAN JEPUN (TAHAP 3) (Tahap 3)
-
OPERASI SENI KULINARI (TAHAP 3) (Tahap 3)
-
PENGHASILAN SENI KULINARI (TAHAP 4) (Tahap 4)
-
KETUKANGAN SENI KULINARI (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
OPERASI SENI KULINARI MASAKAN CINA (TAHAP 3) (Tahap 3)
Kemahiran
Asas
Kebolehan bekerja dengan cekap di bawah tekanan dengan pengurusan masa dan kemahiran organisasi yang baik.
Kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan dan komunikasi yang mantap untuk mengurus dan menyelaras kakitangan dapur dengan cekap.
Kesedaran tentang keselamatan makanan, amalan kebersihan dan asas operasi dapur.
Ketelitian terhadap perincian dan kreativiti dalam penyediaan dan penyajian makanan, serta keupayaan mengekalkan piawaian yang tinggi.
Pengetahuan kulinari yang baik dan kecekapan dalam pelbagai teknik memasak.
Khusus
Kecekapan dalam memasak, membakar, dan penyediaan makanan termasuk bidang khusus seperti dim sum, pastri, sos, dan barbeku.
Kecekapan dalam menyelia dan menyelaras kakitangan dapur bagi mengekalkan kualiti makanan dan kecekapan aliran kerja.
Kecekapan dalam penyajian dan persembahan makanan serta mengekalkan kualiti makanan yang konsisten semasa perkhidmatan.
Kepakaran dalam menyediakan pelbagai jenis masakan termasuk masakan Malaysia dan antarabangsa menggunakan pelbagai teknik memasak.
Pengetahuan dalam operasi dapur termasuk kawalan inventori, pengurusan pesanan, dan pemantauan kos makanan.
Pengetahuan dalam perancangan menu, pembangunan resipi, dan penyesuaian kepada keperluan diet serta keutamaan pelanggan.
Pengetahuan tentang keselamatan makanan, kebersihan, dan piawaian halal bagi memastikan pematuhan.
Pengetahuan tentang pengendalian peralatan dapur dan alat kulinari khusus bagi setiap bahagian memasak.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.