Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3641
Bandingkan
Jurumasak
Jurumasak merancang menu, memasak dan menghasilkan hidangan di hotel, restoran dan lain-lain tempat makan, di atas kapal, di dalam kereta api dan di dalam rumah persendirian.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Merancang dan membangunkan resipi dan menu, menganggarkan makanan dan kos buruh, dan pesanan bekalan makanan.
Memantau kualiti hidangan di semua peringkat penyediaan dan persembahan.
Membincangkan isu-isu penyediaan makanan dengan pengurus, pakar pemakanan dan kakitangan dapur.
Mengarahkan tukang masak dan pekerja lain dalam penyediaan, masakan, hiasan, dan persembahan makanan.
Menyelia penyediaan dan masakan, dan mengarahkan tukang masak seperti yang dikehendaki.
Menyediakan hidangan istimewa dan mencipta resipi.
Menguji makanan yang dimasak dengan merasa atau menghidunya.
Mendapatkan atau membeli bekalan makanan dan kelengkapan dapur seperti yang diperlukan dan menyemak kualiti dan kuantitinya.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.