Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3632-10
Bandingkan
Pereka Gred B2 bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja reka bentuk grafik dan multimedia, pameran dan publisiti luar ke atas kempen-kempen kerajaan dalam bentuk visual dan paparan bagi kerja yang berkaitan dengan seni dalam usaha memasarkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Bertanggungjawab dalam mencipta rekaan untuk persembahandan props produksi. Menyelaras, merancang, menyedia reka bentuk bahan- bahan penerbitan dan trofi FINAS. Bertanggungjawab memastikan pentas persembahan, persiapan upacara sambutan ketibaan tetamu serta menyelaras bahan promosi ke negeri-negeri, di majalah, radio dan Majlis Sidang Media
Tugasan
Membantu menyediakan input spesifikasi perolehan, perkhidmatan, dan laporan aktiviti.
Menyediakan laporan harian, bulanan, tahunan, dan kertas kerja tepat pada masa.
Membuat kajian kaedah dan teknologi terkini untuk meningkatkan kualiti kerja.
Mereka bentuk dan menyusun bahan komunikasi visual mengikut program jabatan.
Bertanggungjawab dalam pasukan projek untuk kejayaan pameran dalaman dan luaran.
Membantu produksi multimedia inovatif untuk kempen dan program jabatan/kementerian.
Menyediakan reka letak, pemilihan, dan penyuntingan bahan visual untuk produksi.
Membantu mereka bentuk pameran, lukisan perspektif, 3D grafik, dan aktiviti projek.
Mengurus bahan, peralatan pameran, keselamatan, dan sumber rujukan.
Membantu reka bentuk promosi Istana Budaya, termasuk visual grafik, kostum, solekan, dan strategi komunikasi.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam aspek kepimpinan dan memberi khidmat cemerlang kepada pelanggan.
Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat, idea dan konsep secara profesional serta mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan bekerja pada bila-bila masa termasuk di luar kawasan atau pejabat.
Berkebolehan dalam bidang lukisan, ukiran, reka bentuk dan kreatif.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam penghasilan produk.
Mempunyai kemahiran melukis dan mewarna serta berkebolehan menggunakan komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.