- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
33
Profesional Bersekutu Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
334
Profesional Bersekutu Pentadbiran dan Terkhusus
Kumpulan Unit
3341
Profesional Bersekutu Pentadbiran
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3341-05
Bandingkan
Penolong Pegawai Penerangan Gred S5
Penolong Pegawai Penerangan Gred S5 bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai jawatankuasa- jawatankuasa tetap dan ad hoc di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisis-analisis berhubung dengan isu-isu semasa.
Tugasan
Menyediakan dan melaksanakan perbelanjaan mengurus tahunan.
Bertindak sebagai pegawai operasi untuk aktiviti dan program di peringkat bahagian, negeri, dan daerah.
Menyebar maklumat mengenai falsafah, dasar, dan wawasan negara melalui komunikasi bersemuka, media cetak, dan elektronik.
Mengawal selia pelaksanaan program, aktiviti, dan penyebaran maklumat di peringkat daerah.
Melaksanakan program dan aktiviti secara bersepadu untuk memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.
Menjalankan risikan, naziran, dan perancangan strategik mengenai perhubungan awam, media, dan publisiti.
Menyediakan laporan aktiviti, program, pemantauan, gerak saraf, dan maklum balas daripada stakeholder dan kumpulan sasaran.
Mengumpul maklum balas, membina rangkaian, dan menyediakan laporan mengenai isu semasa di peringkat kebangsaan, negeri, dan daerah.
Menjalankan program latihan kakitangan di bahagian, negeri, dan daerah untuk memenuhi keperluan kemahiran dan objektif jabatan.
Menyediakan laporan latihan, pemantauan kakitangan, dan keperluan tenaga manusia mengikut Dasar Latihan jabatan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.