Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3344
Bandingkan
Setiausaha Perubatan
Setiausaha Perubatan membantu ketua unit dan anggota kakitangan lain dalam melaksana dan menyokong aktiviti komunikasi, dokumentasi, serta fungsi pentadbiran dan penyelarasan dalaman dengan menggunakan pengetahuan khas dalam istilah dan prosedur perubatan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menyusun jadual dan mengesahkan temu janji perubatan dan menyampaikan pesanan kepada kakitangan perubatan dan pesakit.
Menyusun, merekod dan menyemak carta, laporan, dokumen, dan surat-menyurat perubatan.
Menemu duga pesakit untuk melengkapkan borang, dokumen, dan sejarah kes.
Melengkapkan borang tuntutan insurans dan tuntutan lain.
Menyelenggara fail dan rekod perubatan serta perpustakaan teknikal.
Menyediakan penyata kewangan dan prosedur pengebilan.
Membantu menyediakan bajet, menyediakan penyata kewangan dan prosedur pengebilan.
Merangka kontrak dan membeli atau mengambil pesanan.
Menyelia kerja kerani pejabat.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.