Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3314-01
Bandingkan
Penolong Pegawai Perangkaan Gred E5 bertanggungjawab memantau pelaksanaan program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data serta membantu penganalisisan data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
Tugasan
Membantu dalam perancangan awalan banci/ penyiasatan sebelum kerja lapangan meliputi penyediaan soal selidik, jadual tugasan, peralatan, manual prosesan dan pemilihan sampel.
Menyedia dan mengemas kini rangka isi rumah/ pertubuhan serta memilih sampel mengikut saiz yang telah ditetapkan.
Menyediakan laporan pemerhatian kerja lapangan.
Menyelia kerja penyediaan dokumen/ manual spesifikasi kerja pemprosesan data.
Menyelia aktiviti penyuntingan dan pengkodan, tangkapan data, semakan validasi dan pembetulan ralat serta membuat laporan kemajuan secara berkala.
Melaksanakan aktiviti pengumpulan data (primer dan sekunder) dan menganalisis data yang diterima untuk tujuan penyusunan perangkaan serta penyemakan jadual-jadual bagi tujuan penyediaan penerbitan.
Mengemas kini senarai subscribers/ mailing list dan memenuhi permintaan data yang diterima.
Menyediakan laporan hasil jualan produk jabatan.
Kemahiran
Asas
Keupayaan membuat keputusan.
Mahir dalam komunikasi.
Khusus
Kemahiran dalam penganalisisan data.
Pengetahuan berkaitan dasar-dasar kerajaan.
Pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam bidang ekonomi, statistik dan teknologi maklumat.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.