- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
33
Profesional Bersekutu Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
331
Profesional Bersekutu Kewangan dan Matematik
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3314
Bandingkan
Profesional Bersekutu Perangkaan, Matematik, dan Aktuari
Profesional Bersekutu Perangkaan, Matematik, dan Aktuari membantu dalam perancangan untuk mengumpulkan, memproses, dan mengemukakan data matematik, perangkaan dan aktuari serta melaksanakan operasinya. Mereka biasanya bekerja di bawah bimbingan ahli matematik dan profesional yang berkaitan atau perangkawan.
Tugasan
Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan aktiviti-aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
Menyediakan anggaran terperinci mengenai kuantiti dan kos bahan serta buruh yang diperlukan untuk kerja bancian perangkaan dan operasi kajian.
Menjalankan tugas teknikal yang berkaitan dengan penyediaan, penyelenggaraan, dan penggunaan daftar dan rangka sampel bagi kerja bancian dan kajian.
Menjalankan tugas teknikal berhubung dengan pengumpulan data dan operasi kawalan kualiti dalam kerja bancian dan operasi kajian.
Menggunakan pakej perisian komputer yang standard untuk membuat pengiraan matematik, aktuari, perangkaan, dan yang berkaitan.
Menyediakan keputusan matematik, aktuari, perangkaan, dan keputusan lain dalam bentuk graf atau jadual untuk persembahan.
Mengaplikasikan pengetahuan tentang prinsip dan amalan matematik, aktuari, perangkaan, dan yang berkaitan untuk mengenal pasti serta menyelesaikan masalah yang timbul dalam kerja mereka.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3314-01
Penolong Pegawai Perangkaan Gred E5
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.