Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3313
Bandingkan
Profesional Bersekutu Perakaunan dan Pengauditan
Profesional Bersekutu Perakaunan dan Pengauditan menyelenggara rekod lengkap transaksi kewangan dan pengauditan sesebuah perusahaan serta mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan dengan transaksi tersebut.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menjalankan tugas-tugas kewangan dan perakaunan.
Menyelenggara rekod lengkap kesemua transaksi kewangan sesebuah perusahaan mengikut prinsip perakaunan yang biasa dengan bimbingan akauntan.
Mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan pembayaran, penerimaan, dan transaksi kewangan yang lain.
Menyediakan penyata dan laporan kewangan bagi tempoh tertentu.
Menjalankan pengiraan perakaunan dengan menggunakan perisian komputer yang standard.
Memberi bantuan dalam penyediaan unjuran aliran tunai dan peruntukan bajet.
Mengaplikasikan pengetahuan tentang prinsip perakaunan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas.
Menjalankan penguatkuasaan hukuman undang-undang, pengurusan ehwal kewangan serta memberi khidmat nasihat kaunseling dari segi sistem perakaunan, pengurusan pentadbiran koperasi dan perundangan serta tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Memantau dan menganalisis laporan kewangan syarikat termasuk menyediakan laporan kewangan, memastikan pematuhan peraturan cukai, dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kewangan.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.