Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3213-03
Bandingkan
Penolong Pegawai Farmasi Gred U5 bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat melalui dengan melaksanakan aktiviti pembekalan ubat-ubatan, penyediaan farmaseutikal steril dan bukan steril, pemeriksaan wad, pembungkusan semula ubat, penganalisaan sampel, pengurusan stor, inventori, sumber manusia dan dokumentasi bagi memastikan penjagaan farmaseutikal yang optima dan pembekalan ubat yang berkualiti dan selamat selaras objektif Program Perkhidmatan Farmasi.
Tugasan
Membekal ubat kepada pesakit luar dan pesakit dalam mengikut konsep 5B (pengguna ubat yang betul, ubat yang betul, dos yang betul, cara pengambilan yang betul, dan masa yang betul).
Menyediakan sediaan ekstemporanus mengikut formulari dan Good Preparation Practice bagi pesakit luar dan dalam.
Menokok tambah dan mengurus stok ubat di kaunter bagi memastikan pembekalan lancar.
Mengumpul data Pengurusan Farmasi (PF), Medication Error Reporting System (MERS), dan Adverse Drug Reporting (ADR).
Merekod suhu peti sejuk dan bilik dalam buku rekod yang disediakan.
Membekal ubat dalam wad menggunakan Unit Dose (UD), Unit of Use (UoU), floor stock, atau troli kecemasan.
Menyediakan sediaan farmaseutikal steril dan bukan steril mengikut Pharmaceutical Inspection Convention Pharmaceutical Inspection Co-Operation Scheme (PIC/S) untuk keselamatan dan kualiti pesakit.
Melaksanakan aktiviti pembungkusan semula ubat mengikut garis panduan.
Menjalankan ujian penganalisaan sampel farmaseutikal dan kosmetik untuk keselamatan pengguna.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan memberikan khidmat nasihat kepada anggota di bawah kawalannya.
Berkebolehan menjalankan tugas-tugas penyeliaan.
Khusus
Kemahiran dalam pengendalian peralatan makmal bagi menjalankan pengujian sampel produk farmaseutikal dan kosmetik.
Kemahiran dalam penyediaan sediaan farmaseutikal steril dan bukan steril.
Kemahiran mengaplikasi dan melaksanakan aktiviti penjagaan farmaseutikal bagi memastikan proses pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Pengetahuan dan kefahaman yang jelas tentang konsep 5B iaitu pengguna ubat yang betul, ubat yang betul, dos yang betul, cara pengambilan yang betul dan masa yang betul.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.