- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
321
Juruteknik Perubatan dan Farmaseutikal
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3211-02
Bandingkan
Juru X-Ray Gred U5 bertanggungjawab menghasilkan imej perubatan untuk membantu pakar dan Pegawai Perubatan dalam mendiagnos penyakit, menilai imej dan radiografi yang dihasilkan, menguruskan hal-hal berkaitan permohonan pemeriksaan radiografi, bertanggungjawab terhadap penjagaan dan kawalan mutu peralatan yang digunakan serta tugas-tugas perancangan, pengurusan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan Juru X-Ray.
Tugasan
Membantu merancang rawatan pesakit dan prosedur tomografi berkomputer.
Mengendalikan mesin simulator untuk latihan dan prosedur simulasi, serta membuat/menilai aksesori rawatan di bilik acuan.
Menyediakan agen kontras radiografi dan memberi rawatan sambil mengurus data pesakit.
Mengawasi kesan sampingan rawatan dan menjaga pesakit sebelum, semasa, dan selepas rawatan.
Menerima, mendokumentasi maklumat pesakit, menggunakan dan menyimpan alat rawatan, perabot, dan linen dengan selamat, serta mengikuti prosedur pencegahan penyakit berjangkit.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.