Versi Lama
Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3135
Bandingkan
Pengawal Proses Pengeluaran Logam
Pengawal Proses Pengeluaran Logam mengendalikan dan mengawasi pelbagai fungsi proses kawalan mesin dan peralatan untuk melebur atau memanaskan semula logam, atau mesin untuk menuang logam.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menyelaras dan memantau operasi pengeluaran pemprosesan logam melalui panel kawalan, terminal komputer atau sistem kawalan yang lain.
Mengendalikan dan mengawasi relau untuk meleburkan logam ferus dan bukan ferus untuk menghasilkan tuangan.
Mengendalikan dan mengawasi relau untuk memanaskan semula bahan logam sebelum ditempa, ditekan dengan menggunakan kuasa, digelek, atau untuk pemprosesan selanjutnya.
Mengendalikan dan mengawasi mesin penggelek untuk membentuk keluli panas atau sejuk kepada beberapa bentuk untuk pemprosesan selanjutnya, atau kepada bentuk akhir.
Mengendalikan dan mengawasi mesin penggelek untuk menjadikan atau membentuk logam bukan ferus panas atau sejuk kepada bentuk yang ditentukan seperti plat, kepingan, atau kerajang.
Menuang logam lebur ke dalam acuan dan mengendalikan serta mengawasi mesin tuang.
Mengendalikan mesin penggelek untuk menjadikan atau membentuk logam bukan ferus panas atau sejuk kepada plat, kepingan, kerajang, dawai, atau rod yang ditentukan dimensinya.
Mengawal alat kawalan mesin penggelek.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.