Versi Lama
Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3133
Bandingkan
Pengawal Loji Pemprosesan Kimia
Pengawal Loji Pemprosesan Kimia mengendalikan dan memantau loji kimia, melaraskan dan menyelenggara unit pemprosesan dan kelengkapan yang menyuling, menuras, mengasing, memanas atau menapis bahan kimia.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengendalikan panel kawalan elektronik atau berkomputer untuk memantau dan mengoptimumkan proses fizik dan kimia bagi beberapa unit pemprosesan.
Melaraskan peralatan, injap, pam, kelengkapan kawalan dan proses.
Mengawal persediaan, pengukuran dan kemasukan bahan mentah dan agen pemprosesan seperti pemangkin dan bahantara penapis ke dalam loji.
Mengawal proses dan menyelesaikan masalah kerosakan.
Mengesahkan peralatan tidak rosak, melaksanakan ujian operasi rutin, dan mengatur penyelenggaraan.
Menganalisis sampel produk, melaksanakan ujian, merekodkan data, dan menulis log pengeluaran.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.