- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
313
Juruteknik Kawalan Proses
Kumpulan Unit
3132
Operator Loji Insinerator dan Perawatan Air
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3132
Bandingkan
Operator Loji Insinerator dan Perawatan Air
Operator Loji Insinerator dan Perawatan Air memantau dan mengendalikan sistem kawalan berkomputer dan peralatan berkaitan serta mengawasi loji penunu, loji perawatan air, loji kumbahan, pemampat udara dan gas, stesen pam, dan sistem penyejukan atau pemanasan, dan sistem pengalihudaraan.
Tugasan
Mengendalikan dan mengawasi jentera dan peralatan loji penunu pembakar sampah atau bahan buangan lain.
Mengendalikan dan mengawasi jentera dan peralatan untuk menulenkan dan menjernihkan air untuk keperluan atau kegunaan manusia dan kemudiannya dikembalikan kepada sistem air asli.
Mengendalikan dan mengawasi jentera dan peralatan yang mengawal atur pembersihan dan pembuangan kumbahan dan buangan.
Mengendalikan dan mengawasi pemampat udara dan gas.
Mengendalikan dan mengawasi stesen pam untuk memindahkan cecair, gas, bahan separa cecair dan bahan serbuk dari satu tempat ke tempat yang lain.
Mengendalikan dan mengawasi sistem penyejukan untuk penyimpanan sejuk atau beku, atau untuk proses perindustrian.
Mengendalikan dan mengawasi sistem pemanasan dan pengalihudaraan.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.