Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2831-02
Bandingkan
Penulis membangunkan dan menghasilkan kandungan bertulis asli bagi tujuan sastera, maklumat dan promosi merentas platform cetak dan digital. Mereka menjalankan penyelidikan dan menghasilkan bahan seperti buku, artikel, blog, kandungan media sosial dan salinan pengiklanan dengan memastikan kejelasan, ketepatan dan kesesuaian dengan audiens serta medium sasaran. Mereka juga mengekalkan konsistensi nada dan mesej, serta boleh menyesuaikan kandungan untuk menyokong objektif penjenamaan dan komunikasi merentas pelbagai format.
Tugasan
Menulis kandungan asli berbentuk sastera, maklumat dan promosi untuk platform cetak dan digital.
Menjalankan penyelidikan tentang topik, audiens dan keperluan media untuk menyokong penulisan.
Menghasilkan bahan bertulis seperti buku, artikel, blog, kandungan media sosial dan salinan pengiklanan.
Menyunting, menyemak pruf dan menyemak semula draf untuk memastikan kejelasan, ketepatan, konsistensi dan kesesuaian dengan audiens serta medium sasaran.
Bekerjasama dengan pereka, pemasar dan ahli pasukan lain untuk mengekalkan koheren, nada, mesej dan konsistensi jenama.
Menyesuaikan kandungan digital menggunakan prinsip pengoptimuman enjin carian (SEO) untuk menyokong keterlihatan dalam talian dan penglibatan audiens.
Menyemak semula kandungan berdasarkan maklum balas untuk menyokong objektif penjenamaan dan komunikasi merentas pelbagai format.
Kemahiran
Asas
Kebolehan untuk bekerja secata berdikari atau bekerjasama.
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang kukuh.
Pemahaman bacaan dan perhatian yang tinggi terhadap perincian.
Pemikiran kritis dan kreativiti.
Pengurusan masa dan keupayaan untuk memenuhi tarikh akhir.
Khusus
Kecekapan dalam membangunkan kandungan untuk media sosial dan platform digital lain.
Kecekapan dalam menyesuaikan kandungan untuk audiens, platform dan objektif komunikasi yang berbeza.
Kecekapan dalam penulisan salinan dan penghasilan kandungan untuk format sastera, maklumat dan promosi.
Kecekapan dalam prinsip pengoptimuman enjin carian (SEO) untuk kandungan digital.
Kefahaman tentang sistem pengurusan kandungan, termasuk WordPress, untuk penerbitan digital.
Keupayaan untuk menghasilkan kandungan yang jelas dan mudah difahami daripada maklumat yang kompleks.
Keupayaan untuk menjalankan penyelidikan, menganalisis maklumat dan mengesahkan fakta bagi menyokong pembangunan kandungan.
Kompetensi dalam penyemakan pruf dan penyuntingan kandungan bertulis untuk kejelasan, ketepatan, konsistensi, nada dan gaya.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.