Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2822-06
Bandingkan
Ahli Kriminologi memeriksa pelbagai jenayah, menjalankan penyelidikan meluas tentang faktor sosial, biologi dan persekitaran yang membawa kepada tingkah laku menyimpang, mengenal pasti corak jenayah, merumus profil jenayah, menyusun laporan penyelidikan dan bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang.
Tugasan
Mengumpul dan menganalisis data tentang punca dan sifat jenayah untuk menentukan corak jenayah dan sifat biasa dalam kalangan penjenayah.
Menyelidik dan menganalisis latar belakang biologi, sosial dan psikologi penjenayah untuk mendapatkan pemahaman tentang motivasi di sebalik tingkah laku menyimpang mereka.
Membangunkan profil jenis jenayah untuk membantu penguatkuasaan undang-undang mengenal pasti penjenayah yang berpotensi, memahami tingkah laku mereka dan menangkap mereka dengan lebih cekap.
Memeriksa tempat kejadian jenayah, bukti dan bedah siasat untuk menentukan perkara yang berlaku dan kategori profil mana penjenayah itu termasuk.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.