Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2812-02
Bandingkan
Pustakawan Gred S9
Pustakawan Gred S9 bertanggungjawab melaksanakan secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pengurusan pentadbiran dan kewangan, aplikasi ICT di perpustakaan, pemeliharaan keselamatan sumber maklumat, pendokumentasian dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan serta penyeliaan kakitangan sokongan.
Tugasan
Melaksana pembangunan sumber maklumat secara profesional merangkumi pengesanan, pemilihan, perolehan, penerimaan dan pemprosesan.
Melaksanakan pendokumentasian dan pengurusan maklumat seperti pengkatalogan, pengkelasan, pengindeksan, penyediaan abstrak, penyediaan metadata, penyediaan taxonomi, dan penyediaan bibliografi.
Menyediakan perkhidmatan asas perpustakaan seperti rujukan, pinjaman, pinjaman antara perpustakaan, pendidikan pengguna dan pameran.
Menyediakan perkhidmatan pengurusan ilmu termasuk pangkalan data khusus, e-perkhidmatan, pempakejan maklumat, maklumat terpilih, program galakan membaca, dan perkhidmatan nasihat dan perundingan kepada kumpulan sokongan.
Menyediakan kemudahan perkhidmatan perpustakaan seperti sirkulasi online, ICT, multimedia, reprografi, kiosk maklumat dan program promosi.
Melaksanakan tugas pentadbiran meliputi statistik, pelupusan bahan, pengurusan fail, rekod, stok, inventori dan mesyuarat.
Melaksanakan urusan kewangan termasuk permohonan peruntukan dan pelaporan perbelanjaan.
Melaksanakan pembangunan sumber manusia melalui latihan, peningkatan kompetensi, peperiksaan dan penilaian.
Melaksanakan aplikasi ICT termasuk Sistem Perpustakaan Bersepadu, pangkalan data, dan pendigitan.
Melaksanakan pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat, koleksi, peralatan, dan persekitaran.
Kemahiran
Asas
Kebolehan ICT.
Kepimpinan.
Komunikasi.
Penguasaan Bahasa Inggeris dan bahasa yang berkaitan.
Pengurusan.
Pentadbiran.
Penulisan.
Khusus
Bidang perkara khusus.
Harta intelek.
Pencarian dan penyelidikan maklumat.
Pendokumentasian.
Pengurusan dan pembinaan laman web.
Pengurusan ilmu.
Perundangan hak cipta.
Tatacara perundingan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.