Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2812
Bandingkan
Pustakawan dan Profesional Maklumat yang Berkaitan
Pustakawan dan Profesional Maklumat yang Berkaitan mengumpul, memilih, menyusun dan menyelenggara koleksi perpustakaan dan repositori maklumat lain, mengatur dan mengawal lain-lain perkhidmatan perpustakaan, dan menyediakan maklumat kepada pengguna.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan kewangan, penyeliaan dan pengurusan sumber manusia, melaksanakan pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan aplikasi ICT di perpustakaan.
Mengelaskan atau menyelia pengelasan, pengindeksan, pengkatalogan, pengedaran bahan perpustakaan, dan penyelenggaraan rekod.
Memilih dan mencadangkan pembelian buku dan bahan bercetak atau rakaman pandang dengar yang lain.
Membantu pelanggan yang bertanya dan mendapatkan maklumat daripada fail manual atau pangkalan data berkomputer.
Menyelia penyelenggaraan buku dan bahan lain.
Mengurus sistem peminjaman buku antara perpustakaan dan rangkaian maklumat.
Mengekalkan hubungan dengan perpustakaan dan persatuan perpustakaan yang lain.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.