Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2381-05
Bandingkan
Pegawai Latihan Vokasional Gred DV13 bertanggungjawab merancang, membangun dan melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan kemahiran vokasional mengikut kurikulum latihan berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) atau standard lain, yang meliputi pembangunan prasarana, pembangunan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran (PdP), pembangunan kepakaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), khidmat nasihat dan perundingan, pengurusan organisasi/ institusi, pematuhan tatacara, keselamatan dan kebersihan serta kerjasama strategik.
Tugasan
Merancang, melaksana dan memperakukan pembangunan fizikal dan peralatan berdasarkan peraturan dan arahan yang diberikan.
Memperakukan cadangan kertas dasar latihan, sistem latihan, kurikulum, pembangunan kekompetenan tenaga pengajar dan sistem penilaian latihan kemahiran.
Menyemak dan memberi nilai tambah bagi penggubalan prosedur, kaedah dan panduan Sistem Penilaian Latihan.
Memantau program penilaian latihan kepada tenaga pengajar untuk menjalankan Sistem Penilaian Kekompetenan berdasarkan Analisa Jurang (Gap Analysis).
Memantau program penandaarasan sistem penilaian di peringkat antarabangsa.
Mengesahkan aktiviti-aktiviti berkaitan khidmat nasihat dan rundingan sama ada dengan pihak industri atau penyedia latihan lain.
Memperakukan, meluluskan dan memantau pelaksanaan program akademik dan kemahiran di kalangan pengajar dan kakitangan.
Memantau pelaksanaan keperluan Pembangunan Kurikulum Latihan, Kawalan Kualiti Latihan dan Pensijilan serta Pembangunan Kurikulum dan NOSS atau standard lain yang telah ditetapkan.
Memperakukan dan meluluskan keperluan latihan seperti bahan latihan dan peralatan latihan berdasarkan peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
Memperakukan keperluan kursus dan aktiviti kurikulum pelajar, hal ehwal latihan, sistem penyampaian maklumat serta pemasaran promosi latihan.
Kemahiran
Asas
Berkemahiran mewujudkan jaringan kerjasama dan mengendalikan rundingan dengan pihak berkepentingan.
Berkemahiran tinggi dalam komunikasi pelbagai hala.
Mempunyai daya kepimpinan organisasi.
Khusus
Berkebolehan mengenal pasti kecenderungan dan potensi pelajar atau pelatih dalam latihan kemahiran.
Berpengetahuan dalam aplikasi teknik mengajar termasuk pedagogi dan andragogi.
Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kemahiran mengikut pekerjaan berdasarkan NOSS atau standard lain.
Berpengetahuan dan berpengalaman dalam pembangunan kurikulum, infrastruktur dan peralatan latihan kemahiran.
Berpengetahuan luas dalam bidang kemahiran berkaitan pelaksanaan latihan kemahiran.
Mempunyai pengetahuan asas dalam bidang kaunseling, pengurusan organisasi atau institusi, teknologi maklumat, ekonomi dan sosial.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.