Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2381
Bandingkan
Pegawai Latihan Vokasional
Pegawai Latihan Vokasional merancang, mengelola dan mengawasi perjalanan Unit Latihan Kemahiran bagi semua jurusan. Membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), kurikulum dan bahan latihan, melatih atau mengajar satu atau lebih subjek untuk tujuan pekerjaan seperti petrokimia; farmasi; produk berasaskan kayu; produk getah dan berasaskan getah; industri berasaskan minyak kelapa sawit; pemprosesan makanan; elektrik dan elektronik; peralatan perubatan; tekstil dan pakaian; mesin dan peralatan; logam; peralatan pengangkutan; perkhidmatan perniagaan dan profesional; perkhidmatan logistik bersepadu; perkhidmatan ICT; pengagihan perdagangan; perkhidmatan pembinaan, latihan dan pendidikan; perkhidmatan kesihatan; dan perkhidmatan pelancongan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menjalankan usaha-usaha berbentuk penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional sejajar dengan keperluan industri.
Menyedia dan menggunakan pelan mengajar dan memberi demonstrasi untuk memindahkan kemahiran kepada pelatih.
Mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, dan mengajar dalam amali dan teori.
Memastikan produk yang dihasilkan daripada Sistem Latihan Kemahiran Kebangsaan memenuhi kehendak industri.
Memudahkan perkongsian pengetahuan antara industri dan pusat latihan kemahiran yang boleh menyumbang lebih kepada penyelidikan dan pembangunan industri.
Memberi arahan, sama ada secara praktikal atau teori, dalam bidang kepakaran mereka serta menyelia latihan peserta di bengkel atau kedai.
Mengenal pasti faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam sumber manusia mahir dan kecekapan.
Merancang dan melaksanakan aktiviti promosi yang berkesan bagi program latihan kemahiran untuk meningkatkan tahap kebolehan dan produktiviti pekerja.
Memperkenalkan strategi, dasar dan program untuk pembangunan kemahiran dan kecekapan modal insan melalui pembangunan kurikulum; kolaborasi antara industri dan pusat pembelajaran dalam latihan industri; kemudahan yang lebih baik untuk pakar dalam institusi dan bidang industri.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.