Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2153-04
Bandingkan
Saintis Komunikasi menyelidik dan mengaplikasikan prinsip komunikasi yang berkesan untuk merancang, membangun dan melaksanakan inisiatif strategik yang menyampaikan mesej organisasi kepada pihak berkepentingan dalaman dan luaran. Mereka mengurus perhubungan media, komunikasi korporat dan kempen perhubungan awam, memastikan konsistensi merentasi saluran tradisional dan digital, sambil menyokong kedudukan jenama, mengukuhkan hubungan pihak berkepentingan dan meningkatkan persepsi awam.
Tugasan
Menjalankan penyelidikan tentang persepsi audien untuk merancang dan membangunkan inisiatif komunikasi strategik.
Menyediakan siaran media, ucapan, artikel dan pengumuman dalaman untuk menyokong objektif organisasi.
Berhubung dengan wartawan dan wakil media untuk mempromosikan liputan media yang positif.
Mengurus komunikasi semasa krisis untuk melindungi reputasi organisasi.
Merancang dan menyelaras acara, termasuk sidang media dan taklimat pihak berkepentingan.
Menilai keberkesanan komunikasi menggunakan maklum balas, kaji selidik dan analitik media.
Memberi nasihat kepada pasukan dalaman tentang strategi komunikasi untuk memastikan penyampaian mesej yang berkesan dan konsisten.
Bekerjasama dengan pasukan rentas fungsi untuk memastikan penjenamaan dan penyampaian mesej yang konsisten.
Menyokong kempen perhubungan awam dan mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan menghasilkan penulisan perniagaan yang jelas dan teratur.
Kebolehsuaian dan pemikiran krittis untuk menangani isu komunikasi yang dinamik.
Kemahiran interpersonal dan kerjasama untuk berhubung dengan pasukan dan rakan kongsi.
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang kukuh.
Ketelitian terhadapbutiran bagi memastikan kosistensi dan ketetapan dalam penyampaian mesej.
Khusus
Kemahiran dalam menggunakan alat analitik untuk menilai keberkesanan komunikasi.
Kemahiran dalam penulisan dan penyuntingan siaran media, ucapan dan bahan komunikasi korporat.
Kemahiran dalam platform berasaskan awan untuk kerjasama digital dan pengurusan kandungan komunikasi.
Keupayaan untuk mengurus perhubungan media dan memahami landskap media.
Keupayaan untuk merancang dan menyelaras acara media serta aktiviti libat urus pihak berkepentingan.
Kompetensi dalam komunikasi krisis dan penilaian risiko reputasi.
Kompetensi dalam mengurus platform dan portal komunikasi dalaman.
Kompetensi dalam strategi komunikasi digital dan media sosial.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.