Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2151
Bandingkan
Jurutera Elektrik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat, mereka bentuk dan mengarahkan pembinaan dan operasi sistem, komponen elektrik, motor dan peralatan, dan memberi nasihat serta mengarah penyelenggaraan dan pembaikan, atau mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bahan, produk dan proses dalam kejuruteraan elektrik.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Merancang dan mereka bentuk pembuatan dan pemasangan kelengkapan dan kemudahan kuasa elektrik.
Menentukan jenis dan susunan litar, transformer, pemutus litar, talian penghantaran, dan kelengkapan lain.
Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem motor elektrik, peranti tarikan elektrik, dan kelengkapan lain atau perkakas elektrik domestik.
Mentafsir spesifikasi, standard dan peraturan berhubung dengan kelengkapan dan kegunaan kuasa elektrik.
Mengelola dan menguruskan sumber yang digunakan dalam komponen, mesin, perkakas kelengkapan elektrik.
Menyediakan jadual penghantaran dan pemasangan mesin, peralatan suis, kabel dan kemasan.
Menyelia operasi dan penyelenggaraan stesen janakuasa, sistem penghantaran dan pengagihan, loji perindustrian.
Menyediakan standard dan prosedur kawalan untuk memastikan fungsi dan keselamatan sistem penjanaan dan pengagihan elektrik yang cekap.
Mengesan dan membetulkan kerosakan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.