Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2133-07
Bandingkan
Ahli Sains Penyelidikan Alam Sekitar menjalankan penyelidikan untuk menilai dan mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar dan kesihatan awam. Mereka mengkaji udara, air, tanah dan ekosistem, menganalisis data alam sekitar dan membangunkan strategi untuk kawalan pencemaran, pemuliharaan dan pengurusan sumber yang mampan. Kerja mereka menyokong dasar alam sekitar, pembangunan mampan dan pemeliharaan sumber asli, yang selalunya melibatkan kerja lapangan, penyelidikan dan kerjasama dengan agensi kerajaan, industri dan komuniti.
Tugasan
Merancang dan menjalankan penyelidikan lapangan dan makmal untuk memantau udara, air, tanah, biodiversiti, dan kesihatan ekosistem.
Mengumpul sampel dan menganalisis data alam sekitar serta ekologi untuk menilai perubahan dan impaknya.
Menjalankan tinjauan dan kajian terhadap hidupan liar, tumbuhan, serangga, dan organisma lain untuk menyokong penilaian alam sekitar, serta menyelenggara rekod dan pangkalan data biologi yang berkaitan.
Mereka bentuk dan menyokong penilaian impak alam sekitar, projek pemuliharaan, dan inisiatif pemulihan melalui penyelidikan dan analisis saintifik.
Menilai kesan pencemaran, perubahan guna tanah, dan aktiviti manusia terhadap habitat semula jadi dan spesies.
Membangunkan dan mengesyorkan strategi bagi pemuliharaan alam sekitar, pemulihan, dan pengurusan mampan.
Menggunakan alat dan teknik saintifik khusus, termasuk instrumen makmal, alat pemantauan alam sekitar, dan penderiaan jauh, untuk mengkaji ekosistem dan keadaan alam sekitar.
Bekerjasama dengan pasukan pelbagai disiplin dan pihak berkepentingan dalam projek penyelidikan dan pengurusan alam sekitar.
Menyampaikan dapatan melalui laporan, penerbitan saintifik, dan pembentangan untuk menyokong dasar dan kesedaran awam.
Menyokong penglibatan komuniti dan pihak berkepentingan berkenaan perlindungan alam sekitar, pematuhan, dan amalan mampan melalui dapatan penyelidikan dan nasihat teknikal.
Kemahiran
Asas
Kebolehan bekerja secara bebas, dalam pasukan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran lapangan dan makmal.
Kemahiran berfikir secara analitikal dan kritis yang kukuh.
Kemahiran dalam pengumpulan, pengurusan dan analisis data.
Kemahiran komunikasi dan penulisan laporan yang berkesan.
Penyelesaian masalah dan membuat keputusan dalam konteks persekitaran.
Khusus
Kemahiran dalam menganalisis dan mentafsir data alam sekitar menggunakan kaedah statistik dan perisian Geographic Information System (GIS).
Kemahiran dalam menggunakan Global Positioning System (GPS), alat pemetaan, dan peralatan pemantauan alam sekitar.
Kemahiran dalam pensampelan alam sekitar, tinjauan lapangan, dan analisis makmal.
Kemahiran dalam penyelidikan saintifik, reka bentuk eksperimen, dan pelaporan projek penyelidikan.
Pengetahuan dalam sains alam sekitar, ekologi, kimia, dan biologi.
Pengetahuan tentang biologi hidupan liar, pengurusan habitat, dan amalan pemuliharaan.
Pengetahuan tentang proses penilaian impak alam sekitar serta undang-undang dan peraturan alam sekitar.
Pengetahuan tentang reka bentuk eksperimen dan metodologi penyelidikan alam sekitar.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.