- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
213
Profesional Sains Hayat
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2134
Bandingkan
Profesional Farmakologi, Patologi dan Profesional yang Berkaitan
Profesional Farmakologi, Patologi dan Profesional yang Berkaitan menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi, dan mengaplikasikan pengetahuan saintifik berhubung dengan anatomi, biokimia, biofizik, fisiologi, patologi atau farmakologi dalam bidang seperti perubatan, pertanian atau industri.
Tugasan
Mengkaji dan menjalankan uji kaji mengenai bentuk, struktur dan ciri anatomi lain terhadap organisma hidup.
Mengkaji dan menjalankan uji kaji berhubung dengan komposisi kimia dan proses organisma hidup.
Mengkaji dan menjalankan uji kaji berhubung dengan proses kehidupan dan fungsi manusia, haiwan atau organ, tisu, sel, kelenjar, dan sistem bagi manusia, haiwan dan tumbuhan dalam keadaan normal dan abnormal atau di luar kelaziman.
Mengkaji dan menjalankan uji kaji berhubung dengan struktur, pembangunan dan ciri mikroorganisma seperti bakteria atau virus.
Mengkaji dan menjalankan uji kaji berhubung dengan sifat, sebab, dan perkembangan penyakit gangguan ke atas manusia, haiwan, atau tumbuhan.
Mengkaji dan menjalankan uji kaji berhubung dengan kesan ubatan dan bahan lain ke atas tisu, organ dan proses fisiologi manusia dan haiwan, dan menambah baik ubatan sedia ada atau mencipta ubatan baru.
Membangunkan aplikasi perindustrian, perubatan dan pengetahuan lain dalam bidang berkaitan.
Menyediakan laporan dan kertas kerja saintifik.
Meningkatkan kefahaman, menyelaras dan melatih juruteknik makmal.
Melaksanakan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.