- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
213
Profesional Sains Hayat
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2132-07
Bandingkan
Pegawai Pertanian Gred G9
Pegawai Pertanian Gred G9 bertanggungjawab merancang, melaksana dan menilai program Jabatan Pertanian serta menyediakan khidmat perundingan Teknikal Pertanian dan Perniagaan Tani serta penguatkuasaan Akta Tumbuhan 1976 dan 1981 untuk pelabur dari dalam dan luar negara. Menyediakan pakej Teknologi Pengeluaran Kejenteraan Ladang, maklumat-maklumat pelbagai jenis tanah bagi projek- projek pertanian supaya menepati objektif yang digariskan dalam Dasar Pertanian Negara. Bertindak sebagai urusetia kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) bagi melaksanakan dan menguatkuasakan Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Merancang, menyelaras, melaksana dan menilai pembangunan kerjaya pegawai-pegawai profesional dan sokongan jabatan.
Tugasan
Melaksanakan dan menyelia Program Pengembangan, Perundingan dan Pembangunan Industri Asas Tani di peringkat unit, negeri dan daerah.
Merancang dan memantau pelaksanaan promosi dan pemasaran hasil-hasil pertanian dan hasilan daripada pemprosesan bahan-bahan pertanian.
Menjalankan verifikasi teknologi, promosi teknologi dan pemeriksaan premis untuk tanaman padi, tanaman industri, florikultur serta lebah madu.
Memberi khidmat perundingan dan nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan tuai hasil pertanian/ pasca tuai/ pemprosesan/ reka bentuk/ fabrikasi.
Merancang pelaksanaan penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974, termasuk pendaftaran racun perosak, pengiklanan dan pemeriksaan premis yang menjual dan menyimpan racun perosak.
Menyelaras pembelian kenderaan dan jentera pertanian di negeri meliputi kerja-kerja penyediaan spesifikasi perolehan atau pembelian, pengagihan, penggunaan, penyelenggaraan, pembaikan dan pelupusannya.
Memantau kemajuan permohonan baru dan mengemaskini/ penyediaan laporan untuk pensijilan SALM dan SOM.
Menyediakan dan menyemak maklumat perancangan projek tahunan pembangunan pertanian peringkat persekutuan.
Melaksanakan program latihan pegawai, seminar, kursus dalaman dan antarabangsa serta mengurus biasiswa, pengambilan dan penempatan pelatih.
Kemahiran
Khusus
Kefahaman dalam bidang tugas pegawai berkenaan melalui kursus berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.