- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
213
Profesional Sains Hayat
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2131-06
Bandingkan
Ahli Ekologi
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
GREEN
Pekerjaan hijau adalah pekerjaan yang baik yang menyumbang untuk memelihara atau memulihkan alam sekitar, sama ada dalam sektor tradisional seperti pembuatan dan pembinaan, atau dalam sektor hijau baru yang baru muncul seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
Ahli Ekologi mengkaji interaksi antara organisma dan persekitarannya, menilai kesihatan, taburan dan dinamik tumbuhan, haiwan dan ekosistem. Mereka menjalankan penyelidikan, kerja lapangan dan analisis data untuk memahami biodiversiti, mengurus sumber semula jadi dan menyokong pemuliharaan. Kerja mereka menyumbang kepada pemeliharaan habitat, pemulihan ekosistem dan tindak balas terhadap cabaran alam sekitar seperti perubahan iklim.
Tajuk Alternatif
Ahli Ekologi (Tumbuhan)
Ahli Ekologi (Haiwan)
Ahli Ekologi (Sosial)
Tugasan
Merancang dan menjalankan kajian lapangan untuk mengumpul data ekologi.
Mengkaji dan menganalisis interaksi antara organisma dengan persekitarannya.
Menilai kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem.
Menyediakan laporan teknikal dan penyelidikan.
Memberikan cadangan bagi pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan ekosistem.
Menyimpan, mengurus, memproses, dan menganalisis data ekologi menggunakan alat berkomputer yang sesuai.
Memberikan input saintifik kepada strategi pengurusan alam sekitar dan pembangunan dasar.
Memantau biodiversiti dan kesihatan ekosistem.
Menyokong projek penyesuaian dan mitigasi perubahan iklim.
Kemahiran
Asas
Kemahiran analitikal dan penyelidiikan yang kukuh.
Kemahiran komunikasi dan bertulis lisan yang berkesan.
Ketelitian dalam kerja lapangan dan data.
Pemikiran kritis da penyelesaian masalah.
Penguasaan perisian saintifik dan alat analisis data.
Khusus
Kemahiran dalam aplikasi Geographic Information System (GIS) dan penderiaan jauh untuk analisis ekologi.
Kemahiran dalam menganalisis data ekologi menggunakan alat statistik dan pemodelan.
Kemahiran dalam penilaian impak alam sekitar dan analisis ekosistem.
Kemahiran dalam teknik tinjauan lapangan ekologi, termasuk pengenalpastian spesies dan pemantauan populasi.
Pengetahuan dalam metodologi penyelidikan dan pembangunan ekologi.
Pengetahuan dalam pemantauan biodiversiti dan amalan pemulihan habitat.
Pengetahuan dalam pemodelan ekosistem bagi tujuan penyelidikan dan pengurusan alam sekitar.
Pengetahuan dalam teknik pensampelan ekologi dan metodologi penyelidikan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.