- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
213
Profesional Sains Hayat
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2131-01
Bandingkan
Ahli Mikrobiologi mengkaji dan menganalisis mikroorganisma, termasuk bakteria, kulat, protozoa dan virus, untuk memahami ciri-ciri dan kesannya terhadap kesihatan, keselamatan produk dan alam sekitar. Mereka menjalankan ujian mikrobiologi, membangunkan dan mengesahkan kaedah serta menjalankan kajian kestabilan untuk memastikan kualiti dan pematuhan produk farmaseutikal, biofarmaseutikal dan berkaitan. Kerja mereka menyokong aktiviti penyelidikan, kawalan kualiti dan jaminan keselamatan.
Tugasan
Mengumpul dan menganalisis sampel mikrob daripada pelbagai sumber.
Menjalankan eksperimen makmal untuk mengkaji mikroorganisma.
Mengenal pasti patogen dan memantau pencemaran mikrob.
Membangunkan dan mengesahkan kaedah mikrobiologi untuk mengesan, mengawal, atau mencegah pencemaran mikrob dan organisma penyebab penyakit.
Menyediakan laporan teknikal dan saintifik.
Bekerjasama dengan pasukan penjagaan kesihatan, penyelidikan, atau industri dalam pengujian mikrobiologi, kawalan kualiti, dan jaminan keselamatan.
Memastikan keselamatan makmal dan pematuhan kepada peraturan.
Membangunkan produk berasaskan mikrob seperti enzim, vitamin, hormon, dan antimikrob untuk kegunaan penyelidikan atau industri.
Kemahiran
Asas
Kemahiran berkomunikasi yang berkesan.
Kemahiran makmal untuk menjalankan eksperimen dan ujian.
Kemahiran pemahaman bacaan yang kukuh.
Kemahiran pemikiran analitikal yang kritis.
Ketelitian yang tinggi terhadap butiran .
Khusus
Kecekapan dalam menganalisis dan mentafsir data mikrobiologi menggunakan perisian.
Kecekapan dalam mengendalikan instrumen makmal diagnostik dan analitikal.
Kecekapan dalam mengumpul dan mendokumentasikan data eksperimen dengan tepat.
Kecekapan dalam mikroskopi dan kaedah biologi molekul.
Kecekapan dalam teknik kultur mikrob dan pengendalian aseptik.
Pengetahuan dalam pengelasan dan pengenalpastian mikrob.
Pengetahuan dalam penyelidikan dan pembangunan mikrobiologi.
Pengetahuan dalam piawaian biokeselamatan dan keselamatan makmal.
Pengetahuan dalam reka bentuk dan kaedah eksperimen saintifik.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.