Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2112-04
Bandingkan
Pegawai Meteorologi Gred C9 bertanggungjawab mengeluarkan ramalan cuaca, mengeluarkan amaran cuaca, memantau dan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan tsunami agar kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa dapat dikurangkan, menganalisis perubahan keadaan cuaca secara profesional dan mengenal pasti impak serta langkah-Iangkah mengurangkan impak, menganalisis carta-carta kaji cuaca dan menjalankan penyelidikan ke atas fenomena cuaca untuk mengurangkan impak cuaca buruk. Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat yang berkualiti dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan harapan stakeholders untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi rakyat dan negara.
Tugasan
Mengeluarkan ramalan cuaca awam, khas, dan amaran cuaca buruk serta memberi taklimat kepada Jawatankuasa Bencana dan media.
Memberi taklimat meteorologi penerbangan dan menyediakanTerminal Aerodrome Forecast (TAFOR), Two Hours Trend Type Landing Forecast (TREND), dokumentasi penerbangan dan amaran cuaca untuk keselamatan operasi.
Memantau secara berterusan keadaan cuaca, ombak dan angin di perairan Malaysia terutamanya dalam kehadiran ribut tropika di perairan negara atau taufan di perairan berdekatan.
Menjalankan pemantauan gempa bumi, memproses data seismologi, mengurus pangkalan data dan penyebaran maklumat gempa bumi.
Menghasilkan maklumat cuaca dan iklim yang sedia ada dalam pangkalan data, mengawal mutu, dan memastikan Sistem Maklumat Iklim (MAKLIM) beroperasi dengan lancar.
Mengurus data kaji cuaca pertanian dan memastikan data dari rangkaian stesen adalah berkualiti.
Mengurus operasi, pemprosesan dan penyelenggaraan sistem dan data meteorologi satelit serta pembekalan imej.
Merancang dan menyelaras program pemeriksaan, penyelenggaraan dan membaik pulih peralatan kaji cuaca konvensional di stesen-stesen utama dan juga dari agensi luar.
Mengurus sistem ICT meteorologi termasuk Global Telecommunication System (GTS), Aeronautical Fixed Telecommunication Network (AFTN), message switching, pangkalan data dan pematuhan standard World Meteorological Organisation (WMO) dan International Civil Aviation Organisation (ICAO).
Mengendalikan penyelidikan, hubungan antarabangsa, komunikasi korporat serta pembangunan sumber manusia dan kualiti jabatan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.