- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
16
Pengurus Perkhidmatan
Kumpulan Kecil
162
Pengurus Perkhidmatan Lain
Kumpulan Unit
1624
Pengurus Pusat Kebudayaan, Muzium, dan Perpustakaan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1624-05
Bandingkan
Pengurus Artis
Pengurus Artis mewakili dan membimbing kerjaya seorang artis, termasuk pemuzik, penghibur, pelakon dan artis visual. Mereka menyelia hal ehwal perniagaan, merundingkan kontrak, menyelaras pemasaran dan perhubungan awam, mengurus jadual dan menyokong pembangunan kerjaya keseluruhan untuk meningkatkan pertumbuhan profesional, keterlihatan dan pendapatan artis.
Tugasan
Merunding kontrak dan perjanjian bagi pihak artis.
Merancang dan menjadualkan konsert, jelajah, persembahan, dan aktiviti promosi.
Membangunkan strategi kerjaya, penjenamaan, dan pelan promosi bersama artis.
Mengurus perhubungan awam, komunikasi media, dan interaksi dengan peminat.
Menyelaras dengan syarikat rakaman, penganjur, dan ejen untuk penglibatan profesional.
Menyelia pengurusan kewangan berkaitan artis termasuk belanjawan, pemantauan pendapatan, dan peruntukan sumber.
Memberi nasihat kepada artis mengenai keputusan kerjaya dan pembangunan profesional.
Menjadi perantara dan menyelesaikan konflik antara artis dan pihak berkepentingan utama seperti penganjur, pasukan produksi, dan kolaborator.
Kemahiran
Asas
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan untuk berhubung dengan artis,pelanggan dan pihak berkepentingan.
Kemahiran mendengar secara aktif untuk memahami keperluan artis dan jangkaan pihak berkepentingan.
Kemahiran organisasi untuk menguruskan rancangan,dokumentasi dan aktiviti harian.
Kemahiran pengurusan masa untuk menyelaras jadual,tarikh akhir dan pelbagai penglibatan.
Kemahiran rundingan untuk mengurus kontrak,yuran dan susunan profesional.
Khusus
Kecekapan dalam penjenamaan artis, pemasaran, promosi, dan pengurusan media sosial.
Pemahaman tentang undang-undang kontrak dan obligasi perundangan dalam industri hiburan.
Pengetahuan dalam pencarian bakat dan pembangunan artis.
Pengetahuan dalam pengurusan belanjawan dan pengurusan pendapatan artis termasuk royalti dan bayaran persembahan.
Pengetahuan dalam pengurusan krisis berkaitan perhubungan awam dan reputasi dalam industri hiburan.
Pengetahuan dalam perancangan dan penyelarasan acara untuk konsert, jelajah, dan aktiviti promosi.
Pengetahuan tentang industri hiburan dan trend pasaran.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.