Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1121
Bandingkan
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif merangka dan mengkaji semula dasar, dan merancang, mengarah, menyelaras dan menilai aktiviti-aktiviti keseluruhan perusahaan atau organisasi (kecuali organisasi berkepentingan khas dan jabatan-jabatan kerajaan) dengan sokongan pengurus lain, biasanya dalam lingkungan garis panduan yang ditetapkan oleh lembaga pengarah atau badan pentadbir yang mereka ini perlu bertanggungjawab bagi segala operasi yang dijalankan dan hasil yang diperoleh.
Tugasan
Merancang, mengarah dan menyelaraskan fungsi am perusahaan atau organisasi.
Mengkaji semula operasi dan pencapaian perusahaan atau organisasi dan melapor kepada lembaga pengarah dan badan yang mentadbir.
Menentukan objektif, strategi, dasar dan program bagi perusahaan atau organisasi.
Menyediakan kepimpinan dan pengurusan secara keseluruhan kepada perusahaan atau organisasi.
Menetapkan dan menguruskan bajet, mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap.
Memantau dan menilai prestasi organisasi atau perusahaan terhadap objektif dan dasar yang ditetapkan.
Berunding dan mengkaji cadangan dan laporan bersama pegawai kanan bawahan.
Mewakili organisasi di majlis-majlis rasmi dan mesyuarat lembaga dalam rundingan di konvensyen, seminar, pendengaran awam dan forum.
Memilih atau meluluskan pemilihan kakitangan kanan.
Memastikan organisasi mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.