Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
9112
Bandingkan
Pencuci dan Pembantu di Pejabat, Hotel, dan Pertubuhan Lain
Pencuci dan Pembantu di Pejabat, Hotel, dan Pertubuhan Lain menjalankan pelbagai kerja pembersihan bagi memastikan bahagian dalaman dan lekapan di hotel, pejabat dan pertubuhan lain termasuk pesawat udara, kereta api, bas dan kenderaan seumpamanya sentiasa bersih dan kemas.
Tugasan
Menyapu, memvakum, mencuci, dan menggilap lantai, perabot dan lekapan lain di dalam bangunan, koc, bas, trem, kereta api dan pesawat udara.
Mengemas tempat tidur, membersihkan bilik air, membekalkan tuala, sabun dan barang yang berkaitan.
Membersihkan dapur dan biasanya membantu membuat kerja dapur, termasuk membasuh pinggan mangkuk.
Mengutip sampah, mengosongkan tong sampah, dan membawa sampah ke tempat sampah untuk dipungut.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.