- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
8
Operator Mesin dan Loji, Dan Pemasang
Kumpulan Sub-Utama
83
Pemandu dan Operator Loji Bergerak
Kumpulan Kecil
834
Operator Loji Bergerak
Kumpulan Unit
8343
Operator Loji Kren, Takal dan yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
8343
Bandingkan
Operator Loji Kren, Takal dan yang Berkaitan
Operator Loji Kren, Takal dan yang Berkaitan mengendalikan dan mengawasi kren pegun dan bergerak dan juga kelengkapan takal yang lain.
Tugasan
Memindah, mengangkut, mengalih dan menyusun apa juga jenis beban seperti kargo pukal, kargo pukal cerai, kontena, mesin dan lain-lain dari kapal ke dermaga atau sebaliknya, ke gudang, bengkel, dan lain-lain yang melibatkan jentera pemunggah seperti forklift, tractor, prime mover, transfer crane, transteiner crane, stradle crane, kangaroo crane, gantry crane, laufting crane dan levelling crane.
Mengendalikan dan mengawasi kren pegun atau bergerak untuk menaikkan, menggerakkan, menentukan kedudukan, atau meletakkan kelengkapan dan bahan.
Mengendalikan dan mengawasi kelengkapan untuk mengangkat, menurunkan, atau menaikkan pekerja dan bahan di tapak pembinaan atau di lombong.
Mengendalikan dan mengawasi lif ski dan kelengkapan yang seumpamanya.
Mengendalikan dan mengawasi jentera yang digunakan untuk menarik feri atau tongkang dengan barang, penumpang, dan kenderaan yang menyeberangi laluan air yang cetek.
Mengendalikan dan mengawasi jentera untuk membuka dan menutup jambatan untuk laluan trafik jalan raya atau jalan air.
Mengendalikan dan mengawasi kren yang dilengkapi alat tambahan pada pengorek untuk mengorek laluan air dan kawasan lain.
Mengendalikan kren yang dipasang pada bot atau tongkang untuk mengangkat, mengalihkan, dan meletakkan kelengkapan dan bahan.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.