- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
8
Operator Mesin dan Loji, Dan Pemasang
Kumpulan Sub-Utama
83
Pemandu dan Operator Loji Bergerak
Kumpulan Kecil
834
Operator Loji Bergerak
Kumpulan Unit
8342
Operator Loji Tolak Tanah dan yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
8342
Bandingkan
Operator Loji Tolak Tanah dan yang Berkaitan
Operator Loji Tolak Tanah dan yang Berkaitan mengendalikan mesin untuk menggali, menggredkan, meratakan, melicinkan, dan memampatkan tanah atau bahan yang seumpamanya.
Tugasan
Mengendalikan dan mengawasi mesin pengorek yang dilengkapi penyodok boleh gerak, timba cekau atau timba tali seret, untuk mengorek dan mengalihkan tanah, batuan, pasir, kelikir, atau bahan yang seumpamanya.
Mengendalikan dan mengawasi mesin menggali parit untuk membuat pembetung, sistem saliran, talian paip air, minyak, gas, atau bahan yang seumpamanya.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang dilengkapi bilah keluli cekung untuk mengalihkan, mengagihkan, dan meratakan tanah, pasir dan bahan lain.
Mengendalikan dan mengawasi kelengkapan untuk mengalihkan pasir, kelikir, dan lumpur dari dasar air.
Mengendalikan dan mengawasi mesin untuk menghentak cerucuk kayu, konkrit, atau keluli ke dalam tanah.
Mengendalikan dan mengawasi penggelek kuasa untuk memadatkan dan melicinkan lapisan bahan untuk membuat jalan, laluan jalan kaki, dan kerja yang seumpamanya.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang melepa dan melicinkan konkrit atau bitumen atau sediaan tar untuk membuat jalan, laluan, atau kerja yang seumpamanya.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.