- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
8
Operator Mesin dan Loji, Dan Pemasang
Kumpulan Sub-Utama
81
Operator Mesin dan Loji Pegun
Kumpulan Kecil
817
Operator Loji Pemprosesan Kayu dan Pembuatan Kertas
Kumpulan Unit
8171
Operator Loji Pulpa dan Pembuatan Kertas
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
8171
Bandingkan
Operator Loji Pulpa dan Pembuatan Kertas
Operator Loji Pulpa dan Pembuatan Kertas mengendalikan dan mengawasi jentera dan kelengkapan yang memproses bahan seperti kayu, kertas lama, rumput esparto, jerami, pulpa sekerap, dan kertas menjadi stok untuk membuat kertas.
Tugasan
Mengendalikan dan mengawasi mesin peracik dan pengisar untuk membuat pulpa daripada balak.
Mengendalikan dan mengawasi pencerna yang menghasilkan pulpa daripada bahan seperti kayu, kertas lama, rumput esparto, jerami atau pulpa sekerap, dan kertas sekerap.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang melunturkan pulpa kayu, kertas lama, rumput esparto, jerami atau pulpa sekerap, dan kertas sekerap.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang mencampur, mengetuk, dan menghidrat pulpa dan ramuan lain untuk menyediakan bahan membuat kertas.
Memotong kertas lama, kertas buangan, dan jerami kepada kepingan kecil dengan mesin pemotong untuk membuat pulpa kertas.
Mengendalikan injap untuk memasukkan bahan mentah ke dalam pencerna.
Mengendalikan dan mengawasi mesin pembuat kertas dan alatan dimana pulpa basah di bentuk menjadi kertas atau kertas dikeringkan, dilicinkan, digulung, dibelah dan digulung semua.
Mengendalikan dan mengawasi mesin pelinciran yang digunakan untuk memberi kilauan dan kemasan bagi permukaan kertas.
Mengendalikan dan mengawasi mesin dan peralatan bagi menyadur dan menepukan kertas dengan salutan.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.