Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7412-09
Bandingkan
Penjaga Jentera Elektrik Gred J1 bertanggungjawab melaksanakan skop tugas penyenggaraan dan operasi ke atas sistem pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
Tugasan
Aspek Operasi
a. Membantu mengurus kerja penyenggaraan elektrik bagi pihak jabatan, termasuk kerja-kerja pemasangan elektrik sementara dan khidmat tunggu sedia pada upacara majlis rasmi.
b. Mengenal pasti, memeriksa dan menguji peralatan dan komponen elektrik (contoh, papan suis utama dan papan suis kecil) di bangunan-bangunan kerajaan supaya sentiasa berkeadaan baik dan selamat.
c. Merekod, menyimpan rekod dan menyelenggara rekod senggaraan elektrik. Segala aktiviti senggara perlu didokumenkan dengan baik dengan menggunakan borang dan buku log.
d. Membantu melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan/ inspektorat ke atas pepasangan elektrik untuk premis- premis kerajaan.
e. Melaksanakan/mengendalikan kerja serta operasi bagi sistem elektrik voltan rendah dan tinggi termasuk jana kuasa tunggu sedia.
Aspek Pembangunan
Bertanggungjawab memastikan dan menunjuk ajar serta memberi latihan kepada kumpulan penyenggaraan bawahan dalam melaksanakan tugas mengikut amalan teknikal yang betul dan selamat, berdasarkan prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia.
Berkebolehan menggunakan teknologi maklumat.
Berkebolehan menulis laporan dan membuat analisis.
Khusus
Berkebolehan dalam merancang dan mengurus kerja-kerja penyenggaraan serta kakitangan bawahan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.