Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7222
Bandingkan
Pembuat Peralatan dan Pekerja yang Berkaitan
Pembuat Peralatan dan Pekerja yang Berkaitan membuat dan membaik pulih peralatan, pistol sukan, kunci, acuan, corak dan barangan logam yang lain, dan juga membuat komponen enjin atau jentera dan bahagiannya dengan menggunakan peralatan tangan dan mesin untuk menghasilkan logam yang tinggi ketahanannya.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Membuat, menyelenggara, dan membaik pulih acuan, jig, tolok dan lekapan dengan menggunakan peralatan tangan dan pelbagai jenis peralatan mesin.
Membuat komponen enjin atau bahagian jentera.
Melaraskan dan memasang bahagian untuk membuat dan membaik pulih jig, lekapan dan tolok.
Membaik pulih dan mengubah suai pistol sukan dan senjata kecil yang lain.
Membuat, melaras, mencantum, membaik pulih dan memasang bahagian kunci dengan anak kunci.
Membuat dan membaik pulih corak logam yang digunakan untuk membuat acuan faundri.
Melukis garis dan titik rujukan pada stok logam sebagai panduan kepada pekerja lain yang memotong, melarik, mengisar, mencanai atau membentuk logam.
Menjalankan kerja pemeriksaan, servis dan senggaraan (berdasarkan bidang atau pengkhususan masing-masing seperti awam, mekanikal dan elektrikal).
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.