Versi Lama
Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
7221
Bandingkan
Tukang Besi, Tukang Tukul, dan Pekerja Mesin Penempa Logam
Tukang Besi, Tukang Tukul, dan Pekerja Mesin Penempa Logam menarik dawai, menukul, dan menempa bar, rod, jongkong dan plat besi, keluli, atau logam lain untuk membuat dan membaik pulih pelbagai jenis peralatan, barangan logam, bahagian kelengkapan, peralatan pertanian, dan perkakasan yang berkaitan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menjalankan kerja pemeriksaan, servis dan senggaraan (berdasarkan bidang atau pengkhususan masing-masing).
Memanaskan logam di dalam relau tempa serta membuat dan membaik pulih barangan dengan menarik, membengkokkan, memotong, mengetuk logam di atas besi andas, menebuk, mericih, menyambung, dan mengeraskan atau meningkatkan keteguhan logam.
Membentuk logam panas menjadi tempaan di atas tukul kuasa yang dilengkapi acuan terbuka.
Mengendalikan penukul jatuh yang dilengkapi acuan tertutup untuk menempa barangan logam.
Mengendalikan mesin penekan kuasa yang dilengkapi acuan tertutup untuk menempa barangan logam.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.