Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7213
Bandingkan
Pekerja Kepingan Logam
Pekerja Kepingan Logam membuat, memasang, dan membaik pulih barangan dan bahagian barangan yang dibuat daripada kepingan logam seperti keluli tahan karat, tembaga, timah, loyang aluminium, zink atau besi galvani.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menandakan kepingan logam untuk pemotongan dan pembentukan.
Membuat dan membaik pulih perkakas rumah dan barangan lain yang dibuat daripada timah, tembaga dan aloi ringan, atau barangan dan lekapan perhiasan.
Membuat dan membaik pulih dandang, tangki, tong dan bekas yang seumpamanya.
Memasang dan membaik pulih bahagian logam kepingan pada kenderaan dan pesawat udara.
Menjalankan kerja pemeriksaan, servis dan senggaraan (berdasarkan bidang atau pengkhususan masing-masing).
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.