Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7215
Bandingkan
Jurutali dan Penyambung Kabel
Jurutali dan Penyambung Kabel memasang peralatan tali-temali untuk mengalihkan dan menempatkan komponen kelengkapan dan struktur, dan untuk memasang dan menyelenggara kabel, tali dan dawai di tapak pembinaan, bangunan atau struktur lain.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menganggarkan saiz, bentuk dan berat objek yang hendak dialihkan dan menentukan jenis kelengkapan untuk mengalihkan objek itu.
Memasang dan membaik pulih kabel, tali, dawai, kapi dan takal lain.
Menyambung, membaik pulih dan melaraskan alat tambahan pada dawai, tali dan kabel.
Bekerja sebagai ahli pasukan yang mendirikan dan membaik pulih derik untuk menggerudi telaga air, gas dan minyak.
Mengangkat kelengkapan di dalam teater, memasang dan menyelenggara menara komunikasi, jalan kabel udara, kereta api kabel, lif ski, dan infrastruktur yang seumpamanya.
Menjalankan kerja pemeriksaan, servis dan senggaraan (berdasarkan bidang atau pengkhususan seperti elektrikal juga menyelia dan memantau projek pembangunan/pemasangan baru dan penyelenggaraan (termasuk kerja naik taraf)).
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.