Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
6221
Bandingkan
Pengeluar Perikanan dan Akuakultur
Pengeluar Perikanan dan Akuakultur merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk membiak dan menternak ikan, kupang, tiram dan lain-lain bentuk hidupan akuatik dan menghasilkan pengeluaran produk laut seperti bebola, keropok, otak-otak, kulit cengkerang, gamat, produk hidupan laut kering dan penternakan ikan hiasan untuk jualan, atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Merancang dan menguruskan operasi penetasan dengan mengambil kira faktor persekitaran dan pasaran.
Membiak baka, menternak dan menjaga ternakan ikan dan mengumpul hasilannya.
Mengawasi dan menjaga kualiti air untuk mengekalkan standard kesihatan dan keadaan pertumbuhan yang optimum.
Mengenal pasti dan mengawal toksin dan penyakit alam sekitar.
Mengarah dan menyelia penangkapan, penggredan, dan pembungkusan ikan, udang, tiram, dan stok akuatik yang lain.
Menyediakan ikan dan produk lain untuk penghantaran.
Membersih, menyejukbeku, mengasin, atau menggaram produk akuatik.
Menyelenggara kolam, sangkar, suhu air dan kelengkapan.
Menghantar atau memasarkan produk.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.