Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
6122-03
Bandingkan
Penentu Jantina (Poltri) menentukan jantina anak ayam yang baru menetas bagi menyokong pengeluaran ayam yang cekap. Peranan ini melibatkan mengenal pasti dengan tepat dan cepat anak ayam jantan dan betina, yang kemudiannya diuruskan secara berbeza mengikut tujuan pengeluaran seperti pengeluaran telur atau daging, bagi memastikan operasi ladang dan produktiviti yang optimum.
Tugasan
Mengenal pasti dan mengasingkan anak ayam jantan dan betina dengan tepat selepas menetas menggunakan teknik yang ditetapkan.
Merekod maklumat pengasingan jantina untuk tujuan inventori, pembiakan, dan pengeluaran.
Mengendalikan anak ayam dengan berhati-hati untuk mengurangkan tekanan dan mengelakkan kecederaan.
Mengekalkan kebersihan di kawasan penetasan serta tempat kerja.
Mematuhi prosedur biosekuriti untuk mencegah penyebaran penyakit.
Memantau anak ayam bagi tanda penyakit, kecederaan, atau keadaan tidak normal.
Melaporkan isu kesihatan, ketidaknormalan, atau masalah operasi apabila diperlukan.
Mengasingkan atau melupuskan anak ayam yang lemah, sakit, atau mati mengikut prosedur ladang.
Kemahiran
Asas
Kebolehan bekerja dengan tepat dalam persekitaran kerja yang pantas.
Kebolehan bekerja secara berdikari dan bekerjasama secara berkesan sebagai sebahagian daripada pasukan.
Kemahiran penyimpanan rekod asas untuk mendokumentasikan hasil kerja.
Ketangkasan manual dan koordinasi tangan-mata untuk mengendalikan ayam dengan cekap.
Ketelitian terhadap perincian untuk mengenal pasti dan membezakan ciri-ciri ayam dengan tepat.
Khusus
Kecekapan dalam mengendalikan dan menjalankan penyelenggaraan asas peralatan penetasan.
Kecekapan dalam teknik pengasingan jantina anak ayam menggunakan kaedah yang ditetapkan.
Keupayaan mengenal pasti dan melaporkan isu kesihatan anak ayam.
Keupayaan menggunakan dan menyelenggara peralatan serta kelengkapan ladang.
Pengetahuan tentang amalan biosekuriti dalam operasi penetasan.
Pengetahuan tentang amalan kebersihan dan keselamatan dalam pengendalian ternakan ayam.
Pengetahuan tentang anatomi ayam yang berkaitan dengan pengasingan jantina dan pengendalian.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.