Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
6121
Bandingkan
Pengeluar Ternakan dan Tenusu
Pengeluar Ternakan dan Tenusu merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk membiak baka, menternak dan menjaga ternakan seperti lembu, biri-biri, khinzir, kambing, kuda, anjing dan kucing sama ada yang digunakan untuk bekerja, bersukan atau haiwan peliharaan, serta untuk mendapatkan daging, susu, bulu, kulit dan produk lain untuk jualan, atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menentukan jenis dan jumlah ternakan dan produk ternakan yang hendak dihasilkan.
Membeli haiwan, mengeluarkan, dan membeli makanan ternakan dan bekalan lain.
Membiak baka, menternak dan menjaga ternakan.
Memerah susu.
Mengetam bulu haiwan untuk mendapatkan bulu.
Menyediakan haiwan atau produk haiwan untuk pasaran.
Menyimpan dan menjalankan beberapa pemprosesan hasilan ternakan.
Menjalankan kerja berkaitan dengan pembiakan ternakan, seperti membiak baka, permanian beradas, dan membantu kelahiran haiwan.
Menyelenggara bangunan, jentera, dan kelengkapan ladang.
Menghantar atau memasarkan produk ladang.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.