Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5412-01
Bandingkan
Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli Gred Y1, Y2, Y4, Y6, Y8, Y10
Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli Gred Y1, Y2, Y4, Y6, Y8, Y10 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi PDRM. Antara tugas-tugas tersebut ialah melaksanakan penguatkuasaan undang-undang; melindungi dan memelihara keamanan, ketenteraman awam serta keselamatan negara; melaksanakan tangkapan; menjalankan risikan keselamatan; tadbir urus sumber manusia PDRM; dan lain-lain.
Tugasan
Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.
Menjalankan rondaan keselamatan.
Mengawal pos kawalan statik dan sempadan bagi mencegah pencerobohan, penyeludupan, dan ancaman keselamatan.
Menjejaki dan mengesan aktiviti – aktiviti jenayah.
Mengesan, mengumpul, menganalisis dan melaporkan risikan keselamatan.
Memberi keterangan pada prosiding perundangan.
Mengawal ketenteraman awam, melindungi dan mengawasi keselamatan rakyat dan negara.
Memberi perlindungan keselamatan kepada orang kenamaan dan harta awam.
Mencari dan menyelamat (bencana/orang hilang — MKN No. 20).
Menjalankan aktiviti tadbir urus sumber manusia PDRM.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.