Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5223
Bandingkan
Pembantu Jualan di Kedai
Pembantu Jualan di Kedai menjual pelbagai barangan dan perkhidmatan terus kepada pengguna awam atau menjual bagi pihak runcit dan pertubuhan borong. Mereka menerangkan fungsi dan kualiti barangan atau perkhidmatan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memuat dan memunggah barangan untuk dijual dan menyusun serta mempamerkan barangan untuk dijual.
Menerangkan fungsi dan kualiti produk.
Memastikan ciri dan kualiti produk yang diingini oleh pelanggan.
Membantu pelanggan membuat pilihan.
Menyebut harga, tempoh kredit dan diskaun.
Membungkus dan mengatur penghantaran barangan, jika perlu.
Menyediakan bil, invois atau resit.
Mengesahkan resit juruwang, jika perlu.
Membuat demonstrasi bagi barangan yang dijual untuk memberitahu pelanggan tentang ciri dan cara penggunaannya, dan untuk menggalakkan minat membeli.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.