- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
5
Pekerja Perkhidmatan dan Jualan
Kumpulan Sub-Utama
51
Pekerja Perkhidmatan Peribadi
Kumpulan Kecil
515
Penyelia Bangunan dan Pengemasan
Kumpulan Unit
5153
Penjaga Bangunan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
5153-02
Bandingkan
Penyelia Kem mengurus dan menyelia operasi kemudahan kem, memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan penghuni dan kakitangan. Mereka menyelaras aktiviti harian, termasuk pengemasan, penyelenggaraan dan keselamatan, mengurus bekalan dan sumber, dan menangani isu operasi dengan segera. Mereka memastikan pematuhan terhadap peraturan kesihatan dan keselamatan serta peraturan yang berkaitan, berhubung dengan kontraktor, penghuni dan pihak berkuasa untuk memastikan operasi kem berjalan lancar dan berkesan.
Tugasan
Menyelia kakitangan dan kontraktor penyelenggaraan, pembersihan, pengemasan dan perkhidmatan bangunan di kem.
Menjalankan pemeriksaan berkala untuk memastikan keselamatan, kebersihan dan piawaian kemudahan dipatuhi mengikut keperluan organisasi.
Mengurus inventori bekalan, peralatan dan bahan kem termasuk pemantauan penggunaan dan pengisian semula.
Memantau dan mengawal akses ke kem bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi.
Mengatur dan menyelia aktiviti kem, prosedur keselamatan dan latihan kecemasan mengikut protokol yang ditetapkan.
Menangani dan menyelesaikan aduan, pertikaian atau isu operasi penghuni dengan segera.
Menyediakan perkhidmatan pentadbiran dan sokongan asas kepada penghuni termasuk mengurus penghantaran dan pertanyaan.
Berhubung dengan penyedia perkhidmatan kesihatan, pasukan tindak balas kecemasan dan agensi luar berkaitan apabila diperlukan untuk penyelarasan operasi dan kecemasan.
Menyediakan laporan mengenai operasi kem, insiden dan pematuhan untuk semakan pihak pengurusan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang berkesan untuk berinteraksi dengan penghuni, kakitangan dan pihak pengurusan.
Kemahiran mendengar secara aktif untuk mengurus hubungan dan mengekalkan keharmonian dalam kem.
Kemahiran menyelesaikan masalah untuk menangani isu operasi berkaitan kem dengan segera.
Kemahiran organisasi dan pengurusan masa yang baik untuk menyelaraskan pelbagai tugas dengan cekap.
Literasi komputer asas untuk penyimpanan rekod dan penulisan laporan mudah.
Khusus
Kecekapan dalam melaksanakan dan memantau prosedur keselamatan dan sekuriti dalam operasi kem.
Kecekapan dalam menjalankan kerja paip asas dan penyelenggaraan kemudahan.
Kecekapan dalam menyelenggara dan melakukan pembaikan kecil terhadap peralatan dan infrastruktur kem.
Kecekapan dalam menyelia dan mengurus kakitangan serta kontraktor kem.
Kecekapan dalam menyelia operasi pengemasan dan penyelenggaraan umum.
Kemahiran dalam menggunakan alat dan perisian pengurusan bagi penjejakan inventori dan kakitangan.
Pengetahuan dalam keperluan pematuhan peraturan kesihatan dan keselamatan pekerjaan serta penginapan.
Pengetahuan dalam protokol tindak balas kecemasan bagi persekitaran kem.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.