Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4322-02
Bandingkan
Kerani Kejuruteraan/Penyelenggaraan/Sokongan Teknikal menyediakan sokongan pentadbiran dan perkeranian kepada fungsi kejuruteraan, penyelenggaraan dan teknikal dengan mengurus dokumentasi teknikal, menyelenggara rekod peralatan, alat dan kemudahan, serta menjejaki jadual penyelenggaraan dan arahan kerja. Mereka menyelaras komunikasi antara jurutera, kakitangan penyelenggaraan, unit pengeluaran dan penyedia perkhidmatan luar, serta membantu dalam penyediaan laporan dan pemprosesan dokumentasi berkaitan pembaikan, penyelenggaraan pencegahan dan perolehan.
Tugasan
Menyelenggara, menyusun dan mengemas kini dokumentasi kejuruteraan, penyelenggaraan dan teknikal, termasuk lukisan teknikal, prosedur operasi standard (SOP), arahan kerja dan laporan penyelenggaraan.
Memasukkan, mengemas kini dan mengurus data penyelenggaraan, peralatan, alat dan kemudahan dengan tepat dalam lebaran kerja, sistem Enterprise Resource Planning (ERP) dan pangkalan data dalaman.
Menyediakan, menjadualkan, menjejak dan menyelaras aktiviti penyelenggaraan, arahan kerja, penggunaan alat dan peralatan, serta memastikan pematuhan terhadap tarikh akhir serta prosedur keselamatan dan operasi.
Menyelaras komunikasi dan aliran maklumat antara bahagian kejuruteraan, penyelenggaraan, pengeluaran, jaminan kualiti dan penyedia perkhidmatan luar.
Memantau dan menyelenggara rekod inventori bahan, alat, peralatan dan bekalan, serta menyokong dokumentasi pesanan dan perolehan.
Menyokong penyelenggaraan peralatan jabatan dan program penyelenggaraan pencegahan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan menggunakan aplikasi Microsoft Office (cth. Excel, Word, PowerPoint, Outlook) untuk kemasukan data, penyimpanan rekod dan komunikasi.
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan untuk berhubung dengan kakitangan teknikal, pasukan dalaman dan pihak luaran, dengan pemahaman asas tentang istilah teknikal.
Kemahiran pengurusan organisasi dan masa yang kukuh untuk mengurus pelbagai tugas, jadual, inventori dan dokumentasi.
Ketelitian yang tinggi terhadap perincian dan ketepatan dalam mengendalikan data, rekod, laporan dan dokumentasi pematuhan.
Keupayaan mengikuti prosedur standard dengan tepat, mengutamakan tugasan dan mengaplikasikan penyelesaian masalah asas dan pemikiran kritis dalam kerja sokongan rutin.
Khusus
Kecekapan asas dalam sistem pengurusan dokumen teknikal dan perisian berkaitan.
Kecekapan dalam menggunakan perisian Enterprise Resource Planning (ERP) dan Computerised Maintenance Management System (CMMS).
Kemahiran asas penyelesaian masalah bagi peralatan dan sistem pejabat.
Keupayaan membaca dan mentafsir manual teknikal, lukisan kejuruteraan dan spesifikasi alat.
Keupayaan menyediakan laporan teknikal dan dokumen operasi dengan tepat serta menjaga kerahsiaan.
Keupayaan menyelaras komunikasi antara pasukan teknikal dan bukan teknikal.
Kompetensi dalam penyimpanan rekod, kemasukan data, kawalan inventori dan dokumentasi perolehan bagi peralatan, alat dan bekalan penyelenggaraan.
Pengetahuan asas tentang prosedur penyelenggaraan bagi mesin, alat dan sistem kemudahan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.